Nama:Zuwara Binti Abdullah @ Arifin
Alamat:Lot 336, Kampung Kedai Buluh, Jalan Kuala Besar, 15350 Kota Bharu Kelantan.
Program:Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu)
No. Tel:012-9284069
Perjuangan dan Martabat Bahasa Melayu
Nama:Zuwara Binti Abdullah @ Arifin
Posted by Zue_ara at 5:56 AM 0 comments
Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya pada tahun1970 hingga tahun 1973. Pada masa itu, beliau dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Linguistik Tulen. Beliau meneruskan pengajian pada peringkat Sarjana Sastera dan lulus dalam Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1978. Sekarang ini, beliau bertugas sebagai pensyarah dan menjawat jawatan Profesor Madya di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Posted by Zue_ara at 7:18 PM 0 comments
Antara sumbangan beliau ialah mengahasilkan 10 buah buku akademik dalam bidang Linguistik dan Tatabahasa seperti buku yang berjudul Pengantar Linguistik, Teori Linguistik, Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu, Pengantar Linguistik Am (bersama Dr. Ahmad Mahmood Musanif) dan Teori Perkamusan (Leksigografi) yang ditulis untuk kegunaan pelajar-pelajar di unuversiti tempatan. Tatabahasa Bahasa Malaysia diterbitkan pada tahun 1981 oleh penerbit Sarjana Enterprise dan Mengajar Tatabahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987. Beliua juga menghasilkan sebuah Kamus Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Fajar Bakti dan lapan buah buku lain untuk kegunaan pelajar sekolah menengah dan pembaca awam. Buku Nahu Bahasa Melayu, Imbuhan Bahasa Melayu dan Cara-Cara mempelajari Bahasa Melayu telah diterbitkan oleh Fajar Bakti pada tahun 1985 dan buku yang berjudul Pengantar Sintaksis yang diterbitkan oleh Sarjana Enterprise pada tahun 1989.Posted by Zue_ara at 6:57 PM 0 comments
Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera 2001, Kumpulan Utusan dalam kategori Sajak (Hadiah Utama) pada 4 Julai 2002 dan Hadiah Sastera Perdana Dewan Bahasa dan Pustaka dalam kategori kritikan sastera bagi tahun 2001/2002. Pada tahun sama, beliau juga memenangi hadiah saguhati dalam Sayembara Antologi Puisi Selangor dengan judul Wajah Kemerdekaan. Pada bulan Mei 2004, beliau memenangi Anugerah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan bagi kategori Hadiah Utama Kajian Sastera 2003. Arbak juga memenangi hadiah utama Kencana kategori esei kritikan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala LumpurPosted by Zue_ara at 6:52 PM 0 comments
Beliau terlibat dalam bidang telaah teori sastera melalui pembacaan, penasihatan dan teguran daripada pakar-pakar dan para sarjana sastera tanah air yang sud meluangkan masa untuk maksud menyumbang dan membantu. Kesan daripada usaha tersebut, beliaudapat menerbitkan benerapa buah esei kritikan puisi dalam majalah tempatan, terutamanya dalam Dewan Sastera, DBP. Baru-baru ini, beliau telah berjaya menghasilkan sebuah buku kritikan puisi yang berjudul Semiotik Dalam Penelitian Puisi yang diterbitkan oleh Citra Kurnia Enterprise, Seri Kembangan, Selangor.Posted by Zue_ara at 6:44 PM 0 comments