? ??????????????Gay Pride (New)? ????? ?????? ???Rating: 4.3 (12 Ratings)??0 Grabs Today. 897 Total Grabs.
??????Get the Code?? ?? ?????Random Abstract? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (5 Ratings)??0 Grabs Today. 411 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Co CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday, March 26, 2009

Salam Perpaduan

Nama:Zuwara Binti Abdullah @ Arifin

Alamat:Lot 336, Kampung Kedai Buluh, Jalan Kuala Besar, 15350 Kota Bharu Kelantan.
Program:Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu)
No. Tel:012-9284069

PROF.MADYA.DR.ARBAK OTHMAN




Latar Belakang Tokoh

Arbak Othman dilahirkan pada 10 haribulan Februari tahun 1944 di kampung Sebatu, Melaka. Hobi utama beliau ialah mendeklamasi puisi, mencipta puisi dan lirik lagu, menonton persembahan teater dan sayembara lirik lagu.

Wednesday, March 25, 2009

Pendidikan Tokoh

Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya pada tahun1970 hingga tahun 1973. Pada masa itu, beliau dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Linguistik Tulen. Beliau meneruskan pengajian pada peringkat Sarjana Sastera dan lulus dalam Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1978. Sekarang ini, beliau bertugas sebagai pensyarah dan menjawat jawatan Profesor Madya di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Sumbangan Tokoh

Antara sumbangan beliau ialah mengahasilkan 10 buah buku akademik dalam bidang Linguistik dan Tatabahasa seperti buku yang berjudul Pengantar Linguistik, Teori Linguistik, Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu, Pengantar Linguistik Am (bersama Dr. Ahmad Mahmood Musanif) dan Teori Perkamusan (Leksigografi) yang ditulis untuk kegunaan pelajar-pelajar di unuversiti tempatan. Tatabahasa Bahasa Malaysia diterbitkan pada tahun 1981 oleh penerbit Sarjana Enterprise dan Mengajar Tatabahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987. Beliua juga menghasilkan sebuah Kamus Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Fajar Bakti dan lapan buah buku lain untuk kegunaan pelajar sekolah menengah dan pembaca awam. Buku Nahu Bahasa Melayu, Imbuhan Bahasa Melayu dan Cara-Cara mempelajari Bahasa Melayu telah diterbitkan oleh Fajar Bakti pada tahun 1985 dan buku yang berjudul Pengantar Sintaksis yang diterbitkan oleh Sarjana Enterprise pada tahun 1989.

Artikel dan rencana yang ditulis oleh beliau sebanyak 156 buah. Kebanyakannya tertumpu pada bidang linguistik dan tatabahasa. Arbak Othman juga mengaplikasi konsep teori linguistik dalam pemngajaran bahasa Melayu, termasuklah teori perkamusan. Akhir-akhir ini, beliau terlibat dengan kajian dan kritikan puisi yang dibuat berdasarkan kecenderungan linguistik-semiotik. Beberapa daripada kajian dan kritikan tersebut diterbitkan dalam Jurnal Dewan Sastera, Jurnal Dewan Bahasa, Malalah Pangsura (Malaysia-Indonesia-Brunei), Jurnal Bahasa, Majalah Akar, Malajah Pemikir (Utusan Melayu Press), majalah Wadah di Sabah, Akhbar Utusan Malaysia/ Mingguan Malaysia, Berita Harian/ Berita Minggu dan lain-lain.

Beliau juga menghasilkan antologi puisi pertama yang berjudul Peta Cinta yang diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Nusa pada tahun 2001. Penerbit tersebut juga telah menerbitkan sebuah lagi antologi puisi remaja yang dihasilkan oleh beliau yang berjudul Bunga Di Jalan pada tahun 2003, Sinar Masa (2004), Sketsa Kehidupan (2005), Suara Gundah Di Bumi Basah (2006) dan Luka Mimpi (2007).

Beliau juga menulis novel. Nove yang berjudul Dari Dilema Ke Destinasi merupakan novel yang pertama yang diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Nusa pada tahun 2002. Arbak juga menulis puisi dan rencana ilmiah, termasuklah penglibatan dalam kegiatan sastera tanahair yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhan penulis seperti Pena, Gapena dan Persatuan Linguistik Malaysia.

Anugerah Tokoh

Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera 2001, Kumpulan Utusan dalam kategori Sajak (Hadiah Utama) pada 4 Julai 2002 dan Hadiah Sastera Perdana Dewan Bahasa dan Pustaka dalam kategori kritikan sastera bagi tahun 2001/2002. Pada tahun sama, beliau juga memenangi hadiah saguhati dalam Sayembara Antologi Puisi Selangor dengan judul Wajah Kemerdekaan. Pada bulan Mei 2004, beliau memenangi Anugerah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan bagi kategori Hadiah Utama Kajian Sastera 2003. Arbak juga memenangi hadiah utama Kencana kategori esei kritikan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur

Aktiviti Tokoh Masa Kini

Beliau terlibat dalam bidang telaah teori sastera melalui pembacaan, penasihatan dan teguran daripada pakar-pakar dan para sarjana sastera tanah air yang sud meluangkan masa untuk maksud menyumbang dan membantu. Kesan daripada usaha tersebut, beliaudapat menerbitkan benerapa buah esei kritikan puisi dalam majalah tempatan, terutamanya dalam Dewan Sastera, DBP. Baru-baru ini, beliau telah berjaya menghasilkan sebuah buku kritikan puisi yang berjudul Semiotik Dalam Penelitian Puisi yang diterbitkan oleh Citra Kurnia Enterprise, Seri Kembangan, Selangor.

Sekarang ini, beliau terlibat sebagai ahli Panel Hakim hadiah sastera Utusan-Exxon Mobil dan Panel Hakim Hadiah Sastera Negeri sembilan (PEN). Beliau juga sering diundang untuk membuat kajian dan penyelidikan untuk analisis antologi puisi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka daripada berbagai-bagai cawanagn (Selatan, Pantai Timur dan Selatan Semenanjung Malaysia). Penyelidikan yang terakhir belaiu ialah Nahu Minimalis dan Penerapannya dalam bahasa Melayu. Dalam bidang pengembangan aplikasi linguistik, belaiu berhasil menerbitkan tiga buah kamus terbitan Penerbit Oxford Fajar. Judul ketiga-tiga kamus itu ialah Kamus Pelajar Fajar Bakti (2000-2004), Kamus Komprehensif Bahasa Melayu (2005/2006) dan Kamus Pelajar KBSR (2007). Beliau juga menghasilkan buku Puisi, Penyair dan Kreativiti (bersama Lim Swee Tin) 2007 dan Semiotik (2008) yang diterbitkan oleh Citra Kurnia Seri Kembangan, Selangor,