? ??????????????Gay Pride (New)? ????? ?????? ???Rating: 4.3 (12 Ratings)??0 Grabs Today. 897 Total Grabs.
??????Get the Code?? ?? ?????Random Abstract? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (5 Ratings)??0 Grabs Today. 411 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Co CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, March 25, 2009

Kata-kata Kalimat

Pada semester ini, aku telah mengambil satu kursus wajib iaitu Bahasa Dalam Multimedia. Mula-mula, aku rasa kursus itu mudah sahaja, tetapi bila difikirkan dengan lebih dalam, rupa-rupanya susah jugak. Maklumlah, kursus ini perlu kepakaran dalam IT. Aku bukannya seorang yang celek komputer atau IT. Pensyarah yang mengajar kelas tersebut pulak, aku tak kenal. Tapi nama dia Dr. Normaliza daripada Jabatan Bahasa Melayu.

Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Aku dan kawan aku Ipah menjejak kaki ke kelas tersebut lebih awal. Syukur, aku datang awal kerana tepat jam 12.00 tengah hari iaitu hari Rabu pensyarah kami sudah datang. Tengok daripada penampilannya seorang yang tegas, garang, dan begis. Belum lagi dia bercakap. Itu daripada segi fisikal sahaja. Dia juga suka pakai seluar dan baju blaus. Tak pernah pun semester ini dia datang kelas pakai baju kurung.

Semua pelajar diam selepas dia masuk pada masa itu termasuk aku. Banyak peraturan yang disebut oleh dia sebelum dia mengajar kami. Pertama, dia tidak mahu pelajar datang lewat pada waktu kelas dia. Dia seorang yang menepati masa. Aku suka sikap dia itu kerana prinsip kami adalah sama. Kedua, dia tidak mahu sesiapa pun bercakap semasa dalam kelas tersebut. Ketiga, pelajar kena penuhkan barisan hadapan dahulu, tidak boleh ada kosong. Dia akan ambek nama pelajar yang duduk di belakang sekali. Itu lah peraturan yang perlu kami ikut semasa kelas tersebut. Sebelum mengajar, dr. memperkenalkan kami kepada 2 orang pensyarah tutorial yang akan mengajar kami. Kami dipecahkan kepada 3 kumpulan dimana Cik Nurul akan mengambil kumpulan 1 dan Cik Alia akan mengambil kumpulan 2 dan 3. Aku dan Ipah ambek tutorial dengan Cik Nurul iaitu pada hari Rabu 8.00-10.00 malam. Ada beberapa faktor kenapa aku dan ipah ambek hari Rabu. Salah satunya kerana aku dan Ipah boleh balik kampung awal jika ada cuti.Tapi, sem ini aku tak pernah balik kampung. Sibuk dengan PALAPES pulak tu. He..he..he. Kedua, aku ambil kumpulan dengan Cik Nurul kerana mukanya yang nampak baik tak seperti Cik Alia yang begis semacam je.

Pertama, Dr. menyuruh semua pelajar membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 6 orang. Aku dan Ipah sahaja budak KOSASS yang ambek subjek tersebut. Aku terpaksa mencari 4 orang lagi untuk menjadi satu kumpulan. Akhirnya, kami berjaya menemui ahli yang terdiri daripada geng KPZ. Kumpulan kami dipanggil Pheonix apabila dihitung dengan darah, bahagi, tolak dan tambah.

Dr. Normaliza memberi taklimat mengenai asas grafik iaitu kesesuaian keseimbangan, mudah, warna dan teks. Selepas itu, kami diberi satu tugasan supaya menyiapkan lima gambar yang bersaiz A4 dimana setiap satu mempunyai asas grafik tersebut. Dr. menyuruh kita semua bekerja dalam tekanan kerana tugasan tersebut perlu dihantar pada pukul 2.00 petang dekat biliknya.

Sebelah malam pulak, aku dan Ipah bergerak dari KOSASS lebih awal sikit. Ini kerana semua pelajar diberi amaran daripada Dr. supaya datang ke kelas tutorial tepat jam 8.00 malam. Tetapi, aku dan Ipah datang lewat juga walaupun kami pergi ke kelas tersebut awal. Ini bas dekat KPZ punya pasal ni. Pemandu itu tunggu bas penuh , baru dia gerak. Aku dan Ipah macam cacing kepanasan duduk dalam bas itu. Mulut, asyik menyumpah sahaja pada masa itu. Banyak dosa aku dapat pada malam itu gara-gara pemandu bas lewat gerak.

Aku dan Ipah terus berlari apabila bas behenti dekat Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Kami berlari mengalahkan orang yang kena kejar anjing. Sampai dekat depan pintu kelas, kami menarik nafas dalam-dalam dan berharap Dr. Normaliza tidak datang. Bila aku buka pintu dan beri salam, Dr. Arba’ie yang duduk depan beri keterangan pada masa itu. Aku dan Ipah sangat-sangat bersyukur pada malam itu. Dr, Arba’ie meruapakan ketua Jabatan Bahasa Melayu. Aku tahu dia sangat baik kepada semua pelajar.

Banyak nasihat yang diberikan oleh Dr. Arba’ie kepada kami semua pada malam itu. Antaranya, kita orang kena berhati-hati pada waktu malam. Lepas habs kelas, terus balik ke kolej masing-masing. Jangan merayau-rayau hingga lewat malam pulak dan jangan jalan sorang-sorang kat fakulti ini pada waktu malam. Dr. takut terjadi apa-apa kat kita orang nanti.

Selepas itu, Dr. serah tanggungjawab tutorial ini kepada Cik Nurul. Kita orang kena buat slide macam pembentangan tugasan kumpulan. Slide itu pula perlu ada 20 slide, tak boleh kurang dan tak boleh lebih. Tajuk bebas tapi tidak mahu yang simple. Aku ambek tajuk tentang Penindasan Umat Islam Dunia. Mula-mula aku nak ambek tajuk Peperangan tapi tajuk itu dah ada orang lain yang ambek.

Kita orang diberi masa selama 3 minggu untuk menyiapkan slide itu.Dalam slide itu kena ada banyak elemen. Kena ada animation macam mane pergerakan gambar itu keluar. Macam mane pergerakan perkataan tersebut nak keluar. Nak terbalik ke, nak pusing kiri dan kanan ke. Keluar ikut atas atau bawah ke. Macam macam lah. Pening kepala aku nak buat Banyak sangat tektik nye. Mengalahkan aku belajar tektik senjata je. He...he...Bukan itu je, lagu pun kena masuk jugak kat dalam slide itu dan mestilah sesuai dengan tajuk slide pulak tu. Pada hari kita orang kena tunjuk slide itu, slide aku tak bunyi lagu padahal aku dah masuk lagunya. Pada masa itu, aku sangat marah dan tidak tahu ape nak buat. Semua orang menghayati slide aku tanpa lagu. Keadaan yang sunyi sepi dengan menghayati silde tentang Penindasan Umat Islam Dunia. Kena dengan tempat dan masanya.

Hari kedua masuk kelas Dr. Normaliza. Semua orang tidak berani datang lewat sebab takut kat Dr. termasuk aku. Pada hari itu, ada jugak beberapa orang datang lewat, Dr. ambek nama mereka. Selepas itu, sesi belajar bermula di mana Dr. menyuruh kita orang mengambil gambar nota yang ditunjukkan. Dia tak bagi kita orang saling nota tersebut. Selepas semua nota diberi keterangan, sesi soal jawab bermula dimana dr. beri soalan dan kumpulan mana yang dipanggil kena beri jawapan kepada soalan tersebut. Mujur, kumpulan aku dapat jawap pada hari itu kerana kumpulan kami ada bawa kamera. Aku jugak dapat membantu kumpualn lain. Prinsip dalam Palapes, kena tolong-menolong antara satu sama lain.

Pada toturial kali ini, kami disuruh buat kalendar pulak. Kami diberi selama 4 minggu untuk menyiapkan kalendar 2009 itu. Nak buat kalendar, bukanya senang macam taip assigment. Tapi kena ada perisian iaitu Adobe Photoshop baru boleh buat kalendar. Kalendar itu pulak kena letak gambar kita, kawan atau keluarga. Malahan, kami diwajibkan crop gambar tersebut. Satu kalendar, sekurang-kurangnya kena letak 3 atau 4 gambar crop. Tangan aku bukannya lembut sangat macam orang lain. Sekali crop, terpotong tangan, kaki, kepala dan macam-macam lagi. Dekat seminggu, aku berjaga malam semata-mata buat kalendar tersebut. Aku banyak masuk gambar PALAPES berbanding gambar lain. Gambar masa aku kawad konvo, gali kubu, pameran kerjaya ATM, dan banyak lagi. Ini kerana aku banyak berkawan dengan budak PALAPES. Aku jugak letak gambar keluarga dalam kalendar tersebut. Selain gambar, warna kalendar jugak kena sesuai dengan warna perkataan dan angka. Angka jangan terlalu kecil dan perlu jelas. Perkara ini dititikberatkan oleh Cik Nurul.

Aku dan Ipah sekali lagi lambat datang ke kelas toturial. Pada masa itu, Dr. Normaliza ada dekat kelas itu. Aku dan Ipah mula berpeluh kerana takut. Tak ada seorang pun kawan-kawan yang lain infom kat kita orang yang Dr. nak datang malam tersebut. Maklumlah, kita orang je budak KOSASS. Yang lain budak KTDI. Maklumlah, kolej KTDI dan KOSASS bermusuh sejak dahulu lagi. Aku pun tak tahu sebab ape. Kita berbalik kepada malam itu. Aku dan Ipah kena marah dekat Dr. kerana datang lambat. Kita orang terpaksa berdiri dekat sejam dekat depan kelas macam orang bersalah pulak. Mujur kami dah biasa kena denda seperti berdiri lama ni. Masuk PALAPES banyak kelebihannya. Dapat praktis kawad dengan berdiri lama dekat depan kelas. Kaki akan jadi kuat. Kawad Tauliah nanti , pasti tak tumbang punya la. He...he....

Selepas Dr. cek semua kalendar budak kelas kita orang. Dia pun duduk depan kita orang dan bertanya sebab lewat datang kelas. Aku beri sebab mengatakan bas yang lambat gerak. Pemamdunya tunggu penuh pelajar dulu, baru dia gerak. Dr. kata alasan itu sudah lapuk. Dr. tanya, aku kolej mana. Aku cakap aku kolej Tujuh. Dia tanya budak lain, takut-takut ada yang sama kolej dengan kita orang. Aku bagi tahu kat Dr., yang kami berdua je kolej tersebut. Aku tak mahu mengalah, kerana alasan aku bukannya buat-buat je tapi itulah kebenaran. Akhirnya, aku mengalah jugak. Aku dan Ipah kena buat pantun empat kerat setiap orang jika nak masuk. Akhirnya, kita orang dapat lepas jugak selepas dia berpuas hati dengan pantun tersebut.

Selepas habis kelas itu, ketua kelas kami mintak maaf kat kita orang sebab tak bagi tahu yang Dr. nak datang malam ini. Apa nak buat, benda tu sudah terjadi. Kami pun salah jugak sebab tak tanya. Sama-sama salah. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Kami berkawan seperti biasa dan perasaan marah dalam hati sudah hilang dibawa lari oleh angin pada malam itu dan diganti dengan senyuman. Aku dan Ipah terus naik bas KTP menuju ke Fodcut kerana perut sudah berbunyi kerana lapar akibat berlari dan terlalu lama berdiri.

Pada hari rabu petang, setiap kumpulan kena buat satu kerja iaitu melukis dan mewarna. Aku rasa macam budak umur 5 tahun pulak masa itu. Sekali lagi, kami bekerja dalam tekanan. Dr. menyuruh setiap kumpulan memberi tajuk yang hendak buat dalam kertas lukisan tersebut. Aku sendiri pun tak tahu sebab ape Dr. bagi kita orang kerja macam itu. Kumpulan aku buat eksesori wanita. Aku lukis skaf dan mahkota. Aku hentam saje. Asalkan nampak macam benda itu. Selepas habis, baru aku tahu kenapa dia suruh kita orang buat benda tersebut. Dr. nak tengok semangat kerjasama kumpulan itu ada pada setiap kumpulan itu.

Kami tak tunjuk lagi kalendar dekat Cik Nurul. Cik Nurul suruh kami tunjuk kat dia dulu sebelum print. Kita orang kena hantar kalendar itu pada malam rabu. Hari selasa, aku dan Ipah pergi jumpa Cik Nurul dan tunjuk kat dia. Nasib baik dia tak marah kat kita orang. Dia suruh aku baiki crop kerana ada yang crop yang aku tak padan tepi dan nampak tak cantik. Ipah pun sama dengan aku jugak. Aku dan Ipah balik kolej dan baiki ape-ape yang patut. Pukul 3 petang, aku dan Ipah meredah hujan yang lebat semata-mata nak pergi print kalendar itu. Aku dan Ipah basah seluruh badan dan menggigil kesejukan. Akhirnya, kami dapat jugak hantar kalendar pada tepat waktunya dan duit aku terus melayang sebanyak RM27 untuk satu kalendar sahaja.

Pada toturial minggu ke lapan, kami disuruh buat website tentang diri sendiri. Kena ada biodata, pendidikan, hobi, gambar sama ada gambar kita atau keluarga, dan lain-lain lagi. Malah kena ada link pulak untuk buka antara satu dengan yang lain. Website ini pula ada perisiannya juga. Klu tak ada tak boleh buat. Kena letak gambar setiap website tu sama ada satu atau dua. Aku jugak letak seloka, pantun dan sajak dalam website itu. Aku tak ada idea nak letak ape-ape lagi.

Pada malam itu, kami kena tunjuk dekat Cik Nurul webside itu untuk ambek markah. Aku pasang website yang dibuat tu kat PC. Alangkah terkejutnya aku apabila semua gambar yang aku masuk selama seminggu tidak ada dalam website itu termasuk backgraud sekali. Yang tinggal hanya tulisan sahaja. Masa itu, hanya Allah sahaja tahu perasaan aku. Aku mula penik. Tak tahu ape nak buat. Aku terpaksa buat semua dengan terus ambek gambar dan backgraud dalam pendraf aku dan letak kat website dengan secepat mungkin sebelum Cik Nurul datang. Nasib baik, Cik Nuril cek dibahagia kiri dulu. Sampai dekat giliran aku, aku dapat siap. Cuma tinggal beberapa gambar sahaja lagi tak masukkan. Nasib baik dia berpuas hati dengan ape yang aku buat itu.

Pengalaman yang tak boleh aku lupa ialah semasa pergi buat program di rumah anak yatim sehari Walaupun aku banyak habis duit untuk buat program ini. Tapi, ia berbaloi kerana banyak pengalaman dan kenangan manis yang aku dapat sepanjang program tersebut diadaakan. Kumpulan kami buat program ini di Kompleks Rumah Anak Yatim Rukaiyah, Bangi. Kumpulan kami bekerjasama dengan satu kumpulan lain. Kami terpaksa buat perjumpaan dan agih tugas masing-masing. Aku kena buat aktiviti dengan 2 lagi rakan yang lain. Kami bertiga berbincang untuk buat aktiviti yang berfaedah untuk anak-anak yatim. Kami mengadakan perjumpaan beberapa kali supaya program ini dapat berjalan dengan lancar.

Sebelum kami pergi ke sana, kami kena pergi jumpa dengan Dr.dahulu dan semua orang wajib hadir pada masa itu. Aku dan Ipah lewat pada waktu nak pergi jumpa dengan Dr. Bukan aku yang lewat, tapi Ipah yang lambat turun. Aku tunggu dekat setengah jam kat garaj motor macam patung. Tapi, aku dah lali semua tu kerana sudah 3 tahun aku bersama dengan dia dan tahu perangainya yang selalu bangun lambat. Maklumlah tak ada kuliah pagi, jadi liatlah sikit nak bangun pagi.

Aku tak bertegur sapa dengan dia pagi tu walaupun kami jalan sama. Kawan-kawan lain dah marah kita berdua. Selagi tak cukup orang, Dr. tak nak jumpa. Masa aku dan Ipah sampai, semuanya berdiri dekat pintu bilik Dr. Aku jadi rasa bersalah pulak sebab aku dia orang kena tunggu. Tak tahu pulak aku perasaa Ipah masa tu. Mungkin lebih rasa bersalah agaknya. Bukan aku dan Ipah saja lambat sekali, tapi ada kawan kami sorang yang tak datang lagi.

Selepas semua cukup, kami baru dibenarkan masuk ke dalam bilik itu. Dr hanya nak tahu tentang aktiviti yang kita adakan di rumah anak yatim itu. Aku bagi tahu yang aku ialah ketua kepada aktiviti senaman pagi. Tapi, Dr. tak puas hati kerana aku tak pilih kawan-kawan lain sebagai pembantu aku. Kita orang kena keluar balik dan agihkan tugas semula bahagia aktiviti itu secara terperincil. Setengah jam kemudian, kami masuk balik dan bagi tahu semua aktiviti tersebut kepada Dr. Akhirnya, Dr. meluluskan aktiviti yang kitaorang nak buat itu. Kami berharap pada 21 haribulan Mac ini, program ini dapat berjalan dengan jayanya.

Hari yang dinanti-nanti sudah tiba, aku bangun pukul 6.00 pagi sembahyang subuh dan terus mandi. Kita orang bertolak pada pukul 7.00 pagi dan aku tak boleh terlewat lagi dan menyeksa orang yang sedang menunggu. Ini kerana aku tahu perasaan mereka yang sedang menunggu orang ini. Aku turun awal sikit kerana takut lambat walaupun jarak antara KPZ dengan KOSASS hanya beberapa minit. Aku telefon Ipah suruh dia cepat sikit. Tapi Ipah tak angkat, aku sangat marah. 10 minit lagi nak pukul 7.00. Aku mula gelisah dan membebel sorang diri macam orang gila. Perasaan marah dan geram kepada Ipah kerana lambat. Aku cuba call sekali lagi, akhirnya dia jawab jugak. Aku terus lepas geram kat dia. Dia cakap kejap, dok tengah pakai tudung ni. Aku suruh dia cepat sikit. Pukul 7.00 tepat baru dia muncul, aku terus naik bukit KOSASS sambil berlari dan diikuti dengan dia di belakang. Aku malas nak tengok muka dia lagi. Gara-gara dia, aku pun dicop lambat datang jugak.

Kita orang sampai di rumah anak yatim itu, pukul 7.45 pagi. Tapi, ada antara kita orang pergi beli peralatan untuk gotong-royong. Pukul 8.30 pagi, baru kita orang star dengan senaman pagi di mana kita orang bahagikan anak-anak tersebut kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan ada seorang pembantu yang akan jadi ketua kepada anak-anak yatim tersebut. Aku pulak duduk depan sekali, kerana aku jadi ketua untuk senaman pagi. Selain senaman, aku jugak ajar anak-anak yatim ini poco-poco tanpa muzik. Maklumlah, di belakang rumah anak yatim ini ada rumah Tahfis Al-Quran. Tak boleh buat bising. Tapi, senaman itu buat kanak-kanak gembira di samping itu dapat menyihatkan badan dan otak pun cergas.

Aku mengambil masa selama setengah jam sahaja untuk senaman. Selepas itu, aktiviti gotong-royong diadakan selepas itu. Kami diberitahu oleh penjaga rumah anak yatim ini bahawa kompleks ini sudah lama tidak dibuat gotong-royang. Aku mengikuti kumpulan 3 mencuci di kawasan belakang asrama perempuan. Semak-samun yang tebal dan longkang yang tersumbat dengan sampah-sarap. Malah pokok yang menjalar di tepi pagar. Aku ambek parang dan menebas semak-samun yang hendak sampai dekat dinding asrama tersebut dan mencantas pokok yang menjalar di tepi pagar. Daun-daun itu kami kutip dan letak dalam plastik sampah.Kami juga bekerjasama membersih longkang yang tersumbat itu dengan air. Banyak pasir yang ada kat dalam longkang itu selain sampah-sarap.

Selepas siap di sekitar kawasan belakang asrama, kita orang masuk dalam bilik asrama perempuan pulak untuk kemaskan tempat tidur mereka. Kami asingkan baju yang kotor dan bersih. Kami lipat kain baju mereka dan kemas katil mereka serta menyapuh sampah yang ada dalam bilik tidur tersebut. Selain itu, kami ajar mereka cara-cara nak kemas katil selepas tidur dan jugak lipat baju bagi yang tak tahu. Selain itu, kita orang menyuruh mereka menyapuh bilik seminggu sekali untuk menjaga kebersihan bilik.

Gotong-royong habis pukul 10.30 pagi, kami dan anak-anak yatim berkumpul semula. Kami menikmati makan pagi dengan roti coklat dan air mineral yang dibekalkan oleh kumpulan kami kepada anak-anak yatim. Aku melihat wajah-wajah anak yatim semuanya gembira dengan menikmati makanan tersebut.

Pukul 11.00 pagi, kita orang mula dengan aktiviti satu. Setiap kumpulan diberi kertas A4 dan disuruh mencipta nama, logo, motto,dan sorakan kumpulan. Masa diberi selama satu jam. Kami semua akan membantu anak-anak yatim mencari idea untuk buat perkara tersebut. Aku ambek kumpulan 2 yang terdiri daripada Jannati, Najib, Syafiq, Ain, Amira, Iman dan Sarah. Aku suruh mereka cari nama kumpualn dahulu dan nama itu pula kena sesuai dengan logo dan motto. Akhirnya mereka sependapat meletakkan nama kumpulan mereka Si Pandai, logo pulak seekor kancil dan Mottonya ’Cepat, Cerdas, Cergas Tindak Pantas.” Sorakan kumpulan pulak, aku ajar kanak-kanak tersebut sorakan KOSASS punya tapi tukar lagu sahaja. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja tersebut dan jugak mempersembahkan sorakan kumpulan masing-masing. Ini untuk memberi keyakinan dan sikap berani dalam diri mereka untuk tampil kehadapan.


Selepas itu, kami dan anak-anak yatim berehat dan makan tengah hari bersama-sama. Terpancar wajah ceria dan gembira apabila kami datang ke sini. Aku pulak, teringat keluarga di kampung. Macam mane agaknya ibu, ayah, adik-adikku sekarang. Aku berharap mereka baik-baik saje. Maklumlah, sudah lama aku tak balik kampung. Sibuk dengan projek ilmiah dan jugak PALAPES. Baru aku tahu, ramai jugak anak-anak yatim kat sini nak jadi askar. Mereka kata, askar berani apabila aku tanya sebab pilih askar. Selepas makan, kami dan penduduk rumah anak yatim solat zohor bersama-sama.

Aktivti kedua kami ialah Tayangan Multimedia. Kami menunjukkan penorama Universiti Putra Malaysia kepada anak-anak yatim supaya mereka ada semangat yang tinggi untuk berjaya dalam hidup dengan menjajak kaki ke menara gading seperti kami. Aku juga rasa gembira apabila melihat anak-anak yatim terpegun melihat penorama UPM itu. Mungkin ini kali pertama mereka melihat UPM, walaupun hany gambar dan lagu UPM sahaja. Selepas itu, cerita Upin dan Ipin juga ditayangkan kepada anak-anak mereka. Suara gelak ketawa mereka apabila kedua-dua watak tersebut ada yang melucukan. Aku dapat rasa betapa anak-anak yatim ini sangat gembira dengan kehadiran kami semua. Walaupun ibu bapa mereka sudah tiada, anak-anak yatim ini masih boleh meneruskan hidup dengan senyuman yang manis dibibir.

Kemudian, aktiviti ketiga dijalankan iaitu Latihan Tatabahasa. Latihan ini untuk anak-anak yatim belajar membaca dan menjawab saolan yang ada diberikan. Kami difahamkan ramai antara mereka tidak tahu membaca bahasa Melayu walaupun umurnya sudah meningkat dewasa. Setiap kami dikehendaki mengambil seorang budak anak yatim dan ajar mereka membaca dan menjawab soalan tersebut. Aku mengambil seorang budak perempuan di mana semua kawan aku cakap budak ini sangat garang. Aku ingin cuba dahulu sebelum mengalah. Nama dia Halimah. Aku tengok dia boleh baca dengan baik tapi dia suka menunjuk-nunjuk kebolehan tersebut kepada kawannya. Selepas itu, aku bagi dia saoaln supaya dia jawab. Tapi, banyak yang salah dari segi bahasa. Dia tak dapat bezakan kata sendi nama dari dan daripada. Aku ajar dia bahawa jawapan itu salah. Dia kata betul. Aku cuba terangkan kepada dia kenapa jawapan tersebut salah. Akhirnya dia akur dengan jawapan yang sebenarnya dan meminta maaf kepada aku. Aku pun peluk Halimah, kami sama-sama menangis dan aku berpesan kepadanya bahawa kita jangan bangga dengan diri kita sendiri. Setiap orang ada kelemahan yang tersendiri termasuk aku.

Aktiviti terakhir kami untuk anak-anak yatim ialah Bola Beracun. Semua anak-anak yatim dikehendaki buat satu bulatan besar. Sebiji bola akan diberi kepada mereka. Bola tersebut akan dipegang oleh mereka. Muzik akan dibunyikan semasa mereka sedang bermain bola tersebut. Apabila muzik dimatikan, siapa yang memegang bola tersebut akan menjawab soalan yang dikemukan oleh kami. Jika dia dapat jawab, kami bagi hadiah. Permainan ini sangat bangus dimana kita dapat menguji ketahanan mental dan keberanian mereka menjawab soalan tersebut. Selepas itu, kami minum petang bersama-sama dengan biskut dan air kotak perisa Soya Bean.

Selepas itu, penyampaian hadiah kepada anak-anak yatim. Wakil kami menyampaikan hadiah tersebut kepada anak-anak yatim. Kami juga memberi sedikit sumbangan berbentuk wang ringgit kepada pembantu rumah anak yatim itu. Sumbangan tersebut disampaikan oleh ketua pengarah program anak yatim. Selepas selesai acara tersebut, kami mengambil gambar bersama-sama dengan anak-anak yatim. Sebentar lagi, kami akan meninggalkan rumah anak yatim ini. Kata-kata hikmah aku berikan kepada anak-anak yatim semasa kami bersalam-salaman antara satu sama lain.Aku sempat menitis air mata sebelum keluar daripada perkarangan Kompleks Ruamh Anak Yatim Rukaiyah. Banyak kenangan manis aku bersama dengan anak-anak yatim tersebut pada hari itu. Kira-kira pukul 5.00 petang, kami bertolak pulang ke UPM.

Pengalaman kena kejar anjing dekat kolej KTP semata-mata nak siapkan pembentangan Bahasa Dalam Multimedia. Tepat jam pukul 12.00 malam, aku dan Ipah berjalan kaki dari KPZ untuk pulang ke KOSASS. Kami baru selesai buat slide untuk perbentangan mengenai program ke rumah anak yatim bersama dengan budak KPZ. Aku dan Ipah berjalan sampai dekat pintu depan KTP. Pada mulanya, aku rasa tak sedap hati dah nak lalu kat situ, tapi jalan itu ialah jalan shot cut untuk sampai lebih awal ke KOSASS. Aku mula tengok di sekeliling aku sambil berjalan. Ipah macam biasa je. Malam-malam dia tak nampak sangat. Maklumlah matanya rabun sikit. Aku buat macam biasa je. Takut dilihat oleh Ipah. Tiba dekat dengan paking KTP, kami dikejutkan dengan seekor anjing yang berada di hadapan. Aku dan Ipah penik pada masa itu dan terus lari lintang pukang hingga sampai ke Fudcot. Anjing itu kejar kami. Nasib baik ada pekerja Bangladesh yang halau anjing itu. Aku dan Ipah berpeluh seluruh badan dan kami sama-sama ketakutan. Selepas berehat sekejap di Fudcot, kami pulang ke KOSASS dalam keadaan selamat.
Keesokan harinya, semua orang menunggu Dr. masuk dalam kelas. Semua pelajar sudah bersiap sedia untuk membentang hasil yang diperolehi semasa membuat program rumah anak yatim termasuk kumpulan aku. Tiba-tiba, nama kumpulan aku dipanggil supaya tunjuk ape yang kami buat sepanjang program tersebut. Aku dan yang lain mula gelabah tak tentu pasal. Padahal, kita orang dah siap dah. Maklumlah, kumpulan pertama. Apa lagi, kita orang tunjuklah hasilnya. Semua pelajar menghayati video yang kami ambil dan siap ketawa kerana ada seorang anak yatim buat salah masa persembahan sorakan kumpulan. Semua orang ketawa termasuk Dr. sendiri. Masalahnya, kumpulan yang buat salah tu adalah anak didik aku semasa di rumah anak yatim dan chers tu adalah chers daripada kolej KOSASS. Cuma, lagu kami just tukar. Gaya tetap sama. Sekurang-kurangnya, aku ada tinggalkan sedikit kenangan manis bersama kumpulan tersebut. Kalau mereka ingat chers tersebut, secara tak langsung dia orang akan ingat kat aku jugak. He...he..

Pengalaman yang paling best sekali semasa aku dan Ipah pergi kelas toturial hari rabu. Kami tak balik kolej macam biasa. Kami tidak mahu lewat datang lagi ke kelas toturial. Aku dan Ipah duduk dekat fakulti sahaja. Selepas solat maghrib, kami pun pergi ke kelas toturial itu Aku dan Ipah tunggu dekat bawah sebab masih ada sepuluh minit lagi. Kita orang, lepak dekat bawah , makan angin dulu dengan menikmati udara yang segar. Aku dan Ipah mula rasa tak sedap hati kerana jam sudah menunjukkan pukul 8.00 malam. Tak ada seorang pun yang datang dan bilik siber jugak gelap. Kita orang tunggu sampai pukul 8.15 malam, masih tak ada orang datang. Aku cuba mesej Aisyah, kawan yang ambek satu kelas jugak malam itu. Tapi, tak dibalas mesej itu pulak. Aku cuba pergi dekat dengan pintu masuk Siber itu. Alngkah terkejutnya aku bila ternampak notis yang memaklumkan bahawa kelas pada malam ini dibatalkan dan diganti pada malam jumaat. Aku dan Ipah sangat marah pada masa itu kerana Cik Pah tak maklumkan kepada kami tentang hal tersebut sehingga kami tertunggu-tunggu. Aku dan Ipah berjalan menuju ke station bas untuk pulang ke kolej dengan perasaan yang kecewa amat sangat. Kelas pada malam itu diganti dengan melihat perlawanan bola tampar interkolej yang disertai oleh kolej KOSASS. Aku dan Ipah tengok perlawanan bola tampar itu sehingga akhir dan kolej KOSASS menang pada malam ini. Bagus jugak tak ada kelas pada malam itu.

0 comments: